ESL FACEIT Group, Qualcomm Bawa Mobile Masters dalam Mobile Legends: Bang Bang 2025 ke Jakarta

Penutup Tahun Ke-3 Menghimpunkan 12 Kuasa Hebat Esukan Global di Salah Satu Pasaran Permainan Video Mudah Alih Terbesar Dunia pada 11-13 April

14 Januari 2025 Cologne/New York/San DiegoSnapdragon Pro Series (SPS), ekosistem esukan pelbagai judul terbesar di dunia yang dianjur oleh ESL FACEIT Group (EFG) dan Qualcomm Technologies, Inc., hari ini mengumumkan kejohanan Mobile Masters akan berlangsung di Tennis Indoor Stadium Senayan, Jakarta, Indonesia, pada 11 – 13 April. Sebagai kejohanan yang paling gah tahun ini, Mobile Masters akan menyaksikan 12 pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) terbaik di dunia bersaing untuk merebut sebahagian daripada hadiah bernilai sehingga USD $200,000 dan gelaran sebagai juara global pertama SPS MLBB.

“Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna untuk program MLBB Snapdragon Pro Series, dan penganjuran kejohanan dunia di Indonesia adalah cara terbaik untuk mengakhirinya,” kata Sam Braithwaite, Naib Presiden Ekosistem Permainan, Mudah Alih, ESL FACEIT Group. “Asia Tenggara telah menjadi tuan rumah kepada beberapa acara kami yang paling banyak ditonton, dan kami tidak sabar untuk menyaksikan semangat membara di Mobile Masters ini,” tambahnya.

Sebagai salah satu permainan video mudah alih paling popular di dunia, MLBB menjadi tonggak utama Tahun ke-3 SPS. SPS Season 6 APAC – Open Finals untuk MLBB mencatatkan sejarah sebagai pertandingan kelayakan paling banyak ditonton sepanjang masa merangkumi esukan mudah alih, konsol, dan PC (Esports Charts). Lebih daripada 830,000 peminat menyaksikan pasukan mana yang akan mara ke peringkat seterusnya, sekali gus mengatasi rekod tontonan puncak Challenge Finals musim lalu dan mencatatkan pertumbuhan cemerlang dalam jumlah tontonan dalam talian.

Sekilas Pandang Tentang Kejohanan

Mobile Masters MLBB 2025 akan menampilkan 12 pasukan, dengan 10 pasukan yang layak dari Musim ke-6 SPS. Mobile Challenge Finals peringkat rantau akan berlangsung dari 9 Februari hingga 2 Mac, dan satu tempat diberikan kepada pemenang kelayakan MLBB China MOONTON Games. Tempat kelayakan terakhir akan diberi kepada Team Liquid ID yang mewakili negara tuan rumah kejohanan, Indonesia.

Jadual Mobile Masters MLBB 2025

  • Peringkat Kumpulan: 7 – 9 April
    • Enam pasukan teratas akan mara ke Playoffs
  • Playoffs: 11 – 13 April 
  • Grand Finals: 13 April

Selain siaran utama dalam Bahasa Inggeris, Mobile Masters MLBB 2025 akan disiarkan dalam beberapa bahasa lain, termasuk Bahasa Indonesia, yang juga akan menjadi bahasa di lokasi acara.

Maklumat lanjut mengenai Mobile Masters MLBB 2025 boleh dibaca di laman web rasmi. Tiket untuk menyaksikan Playoffs secara langsung akan mula dijual pada 16 Januari, jam 12 tengah hari (waktu tempatan Malaysia, GMT+8), di esl.gg/SPSmasters2025tickets. Aset media boleh dimuat turun dari pautan Presskit.

Untuk maklumat lanjut mengenai Snapdragon Pro Series, sila layari snapdragonproseries.com dan ikuti ekosistem Snapdragon Pro Series di X, Instagram, dan TikTok.

Untuk maklumat lanjut mengenai ESL FACEIT Group, sila layari eslfaceitgroup.com dan ikuti EFG di LinkedIn.

* * *

Snapdragon adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated. 

* * *

Mengenai Snapdragon Pro Series
Dianjur oleh Qualcomm Technologies, Inc. dan ESL FACEIT Group, Snapdragon Pro Series adalah salah satu dari pertandingan esukan mudah alih pelbagai genre terbesar di dunia yang mengalu-alukan pemain dan peminat ke Era untuk Semua (Era of Everyone). Menjangkau pelbagai rantau, dan menampilkan pelbagai jenis permainan video mudah alih, serta terdiri dari tiga tahap pertandingan (Open, Challenge, dan Masters), Snapdragon Pro Series mentakrifkan semula landskap esukan mudah alih dengan memberi peluang kepada pemain dari seluruh dunia, di semua tahap, untuk menjadi juara dan bersaing untuk hadiah wang tunai bernilai berjuta dolar. (https://www.snapdragonproseries.com/)

Mengenai ESL FACEIT Group
ESL FACEIT Group (EFG) adalah syarikat terkemuka dalam bidang esukan dan hiburan permainan video yang berdedikasi untuk mencipta dunia di luar permainan, di mana pemain dan peminat menjadi sebuah komuniti. EFG dibina berdasarkan jenama terkenal di seluruh dunia seperti ESL, FACEIT, DreamHack, dan DreamHack Sports Games, yang menyediakan ekosistem inovatif untuk komuniti pemain, peminat, dan pencipta secara global di sekitar permainan kegemaran mereka. Dengan bekerjasama dengan rakan kongsi, jenama, dan harta intelek (IP) global terkemuka, EFG mengendalikan portfolio acara langsung, platform digital, dan alat pembangun yang tiada tandingan untuk mencapai dan melibatkan jutaan pemain di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari www.eslfaceitgroup.com

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling popular di dunia, yang menyatukan komuniti melalui kerjasama dan strategi. Dengan lebih daripada 1.465 bilion pemasangan dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi pelbagai anugerah ini adalah antara 10 permainan paling dimainkan di lebih 80 negara. Dengan capaian yang meluas di rantau Asia Pasifik, permainan berbilang-pemain ini tersedia di 139 negara dengan kehadiran esukan global yang kukuh.

Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada tahun 2014, MOONTON adalah syarikat permainan video global yang berdedikasi dalam pembangunan permainan, penerbitan, dan esukan. Dengan lebih daripada 1,600 kakitangan di seluruh dunia, syarikat ini mengendalikan pejabat di China, Indonesia, Amerika Latin, Malaysia, Filipina, dan Singapura. MOONTON telah berjaya melancarkan beberapa permainan mudah alih bertaraf tinggi di peringkat global dan membina hubungan jangka panjang dengan kerajaan dan organisasi esukan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan utama syarikat ini dan merupakan permainan MOBA mudah alih terkemuka di dunia. Untuk maklumat lanjut, layari https://en.moonton.com

Contact us

EFG owns a portfolio of brands in different categories. We are leading the industry with numerous online and offline competitions, digital platforms as well as gaming lifestyle festivals.